Misi Kasih Sayang

Catatan peribadi pengalaman menaiki keretapi dari Semenanjung Malaysia ke Manchester

(8th Leg) Entry Bergambar: Menaiki Train T6 dari Nanning (Sempadan Vietnam) ke Beijing

5 Comments

Semasa perjalanan dari Woodlands ke Beijing, leg #8 dari Nanning (bandar di China berdekatan dengan sempadan Vietnam) ke Beijing adalah leg yang paling jauh dan lama. Perjalanan bermula pada pukul 8.30am dari Nanning, dan tiba di Beijing pada pukul 12.30pm keesokkan harinya. Memandangkan perjalanan ini agak lama dan jauh, saya telah membeli makanan dan minuman semasa di Nanning, kebetulan semasa di sana saya terjumpa kedai makanan halal.

Ringkasan perjalanan saya;
Bertolak dari Nanning – 8.30am
Tiba di Beijing – 12.30pm (next day)
Harga tiket 770Yuan (RM390) jika dibeli di stesen. Tetapi memandangkan saya travel semasa peak season di China, saya telah membuat tempahan awal melalui www.chinatripadvisor.com , dan mereka telah mengenakan saya caj sebanyak RM490.

Tripline yang menunjukkan route untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hatyai melalui Train 20.

Tripline yang menunjukkan route untuk perjalanan dari Nanning (#10) ke Beijing (#14).

Tiket Train T6 yang saya beli dari www.chinatripadvisor.com secara online ketika saya masih di Malaysia. Mereka kemudian menghantar tiket ini ke hotel saya bermalam di Nanning.

Tiket Train T6 yang saya beli dari http://www.chinatripadvisor.com secara online ketika saya masih di Malaysia. Mereka kemudian menghantar tiket ini ke hotel saya bermalam di Nanning.

Cuaca di Beijing sudah bersalji, jadi saya memulakan perjalanan dari Nanning dengan pakaian yang bersesuaian.

Keadaan di luar Stesen Keretapi Nanning seawal jam 7 pagi.

Di China, sudah menjadi rutin untuk para penumpang beratur panjang, dan melalui pemeriksaan ala ketenteraan sebelum menaiki keretapi antara bandar. Ketika di Nanning, saya yang pertama kalinya melalui pengalaman pemeriksaan ini agak blur pada mulanya. Nanning bukanlah merupakan bandar pelancongan, walaupun ia adalah pintu masuk ke China melalui keretapi dari Vietnam, jadi tiada signboard dlm bahasa inggeris disediakan. Cubaan berkomunikasi dgn penduduk tempatan bolehlah diibaratkan mcm ayam dgn itik. Jadi, saya mendekati seorang polis bertugas dan menunjukkan tiket keretapi. Beliau pada mulanya melayan saya seperti pemuda2 tempatan yang lain, tapi setelah melihat passport Malaysia milik saya, barulah polis tersebut tahu saya adalah seorang tourist dan terus membawa saya ke depan barisan, dan memotong orang ramai yg beratur panjang di belakang. Saya kemudiannya diperiksa dan dibenarkan utk terus ke gerabak keretapi. Layanan vip utk pemegang passport Malaysia, katanya.

Kabin berkatil empat, dua di bawah dan dua di atas. Semasa membeli tiket, saya telah memilih katil bawah kerana lebih selesa, dan mudah diakses tak perlu panjat.

Keadaan katil dalam kabin. Bantal, comforter dan cadar disediakan. Tapi saya lebih selesa tidur di dalam sleeping bag sendiri. Tak tahu kenapa.

Ruang di dalam gerabak yang menghubungkan kabin-kabin.

Di dalam setiap kabin, terdapat satu TV disediakan yang menayangkan liputan stesen TV tempatan.

Tempat menyidai baju dan hanger disediakan untuk setiap katil.

Train T6 tiba di Beijing West Railway Station pada pukul 12.30 tengah hari, setelah 28 jam perjalanan dari Nanning.

Di Beijing terdapat lima stesen keretapi utama (Main, West, East, North, South) dan kesemuanya dihubungkan dengan Beijing Subway. Btw ketika saya tiba di Beijing West, subway ke stesen keretapi ini masih dalam pembinaan. Jadi saya perlu menaiki bas di luar stesen untuk ke stesen subway terdekat (Military Museum).

Bas ala Rapid KL yang saya naiki dari Beijing West Railway Station untuk ke stesen subway terdekat. Walaupun penggunaan bahasa Inggeris di kalangan rakyat tempatan agak limited, namun terdapat signboard dan peta pengangkutan awam dalam bahasa Inggeris. Jadi agak mudah untuk menaiki bas di Beijing.

Day trip ke Great Wall. Untuk ke sana, saya telah menaiki train dari Beijing North ke Badaling. Harga tiket cuma RM3.

Great Wall diliputi salji, menyebabkan permukaan tembok agak licin dan merbahaya. Saya terpaksa duduk dan berpegang pada palang besi untuk turun ke bawah.

Pemandangan di sekitar Badaling Great Wall.

Great Wall dilitupi salji.

Great Wall dilitupi salji.

Pemandangan di antara Stesen Keretapi Badaling dan Great Wall.

Pintu masuk ke Badaling Great Wall.

Pintu masuk ke Badaling Great Wall.

Author: ChanHafiz

I travel the world and the seven seas.

5 thoughts on “(8th Leg) Entry Bergambar: Menaiki Train T6 dari Nanning (Sempadan Vietnam) ke Beijing

  1. Hai abg chanhafiz!
    X bosan ke duduk lama2 dlm train? Lebih drpd 24 jam plak tu. Bertabahnya…

  2. Hi! Saya komen lagi haha
    Memang layanan istimewa tu untuk Malaysian je ke? Agak2 kalau pergi post MH370 ni macam mana ya?
    Kabin empat orang tu maksudnya kita akan duduk dengan strangers lah kan? Susah jugak kalau perempuan yang travel seorang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 46 other followers